Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik akibat masalah teknikal
Haider Yutim
September 14, 2014 09:40 MYT
September 14, 2014 09:40 MYT
Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan ke Hyderabad terpaksa berpatah balik selepas mengalami beberapa masalah teknikal, lapor AirLive.net.
Pesawat tersebut, bagaimanapun, berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Menurut laporan, pesawat MH198 itu membuat pusingan balik kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.
Difahamkan pesawat tersebut terpaksa berbuat demikian setelah mengesan beberapa masalah pada sistem komputernya.
Usaha untuk menghubungi MAS sedang dibuat bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden ini.