Pesawat EC725 dihantar ke Gunung Kinabalu bantu pendaki terkandas

Bernama
Jun 5, 2015 16:35 MYT
Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu bersiap sedia untuk misi menyelamat bagi membawa turun pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. - Foto Bernama
Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi sederhana yang menggegarkan beberapa kawasan di Sabah Jumaat pagi.
Ini dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui catatan di laman Twitter sebagai menjawab permintaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
Menurutnya, pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu turut membawa bekalan makanan dan minuman untuk mereka yang terkandas.

. @MasidiM 1 EC725 departing to Gunung Kinabalu (Laban Rata) at 1230. Bringing some food and water for stranded hikers @MusaHjAman @1MinDef

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Another EC725 on standby in KK, akan diaturgerak stlh mendapat maklumat tinjauan/proving EC725 pertama ke kwsn Gunung Kinablu & Ranau #Sabah

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

YAB CM @MusaHjAman, @MasidiM - 1 C130 sedia diaturgerak dr Subang ke KK membawa anggota SMART Team & siap sedia untuk membantu tugasan HADR

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masidi sebelum itu meminta helikopter tentera yang mampu beroperasi dalam keadaan cuaca ekstrim dihantar untuk kerja menyelamat.
Hishammuddin menegaskan kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada Sabah.
BACA:
Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah
Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 16 km di barat laut Ranau pada 7.15 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Selain Ranau, gegaran turut dirasai di lokasi seperti Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Susulan insiden itu, Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, Jumaat.
Sementara itu, sumber daripada Taman Negara Kinabalu berkata terdapat 138 pendaki terkandas di gunung itu.
LIHAT: ALBUM GEMPA BUMI RANAU
#ec725 #Gunung Kinabalu #hishamuddin tun hussein #pesawat eurocopter
;