Pesawat C130 TUDM mendarat cemas di Labuan

Astro Awani
November 18, 2017 19:53 MYT
Pesawat C130 milik TUDM berjaya mendarat cemas di Lapangan Terbang Labuan petang ini. - Gambar ihsan TUDM
Sebuah pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melakukan pendaratan cemas tanpa peralatan kekaki (landing gear) setelah mengalami masalah teknikal di Lapangan Terbang Labuan, hari ini.
TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat tersebut berjaya didaratkan pada pukul 5.15 petang tadi setelah terpaksa berlegar di ruang udara Labuan selama enam jam bagi membakar minyak.
"Pesawat C130 itu telah menghadapi masalah kekaki pesawat hingga menyebabkannya gagal mendarat secara normal.
"Bagaimanapun, juruterbang dan kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Manakala, landasan lapangan terbang itu ditutup sehingga diberitahu kelak," katanya dalam kenyaraan di sini pada Sabtu.
#Juruterbang #landing gear #Lapangan Terbang Labuan #minyak #pesawat C130 #tentera #TUDM
;