Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Adie Sufian Zulkefli
November 22, 2020 21:39 MYT
November 22, 2020 21:39 MYT
ALOR SETAR: Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar, hari ini.
Dalam kejadian jam 4.17 petang tadi, mangsa, Mohamad Tajudin Yob, 49, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, ketika kejadian hujan turun dengan lebat dan mangsa dikatakan sedang menjala ikan di kawasan sawah itu berseorangan.
Kejadian disedari orang kampung yang ketika itu melalui kawasan kejadian.
Mereka terdengar dentuman kuat dan tiba-tiba mangsa rebah di dalam petak sawah terbabit.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#panah petir
#Alor Setar
#Mohamad Tajudin Yob
#Kampung Gulau
#maut dipanah petir
#Polis Daerah Kota Setar
#Hospital Sultanah Bahiyah