Pesara tentera ugut terjun tingkat 11 setelah berselisih faham dengan isteri
Astro Awani
Februari 23, 2020 09:56 MYT
Februari 23, 2020 09:56 MYT
Pasukan bomba mengambil masa lebih 4 jam memujuk seorang lelaki berusia lingkungan 40-an daripada terjun dari tingkat 11, Pangsapuri Selayang Mulia, Batu Caves, Selangor semalam.
Lelaki yang dipercayai pesara tentera itu dilihat berada di luar tingkap kira kira jam 4 petang sebelum berjaya dipujuk jam 8.40 malam.
Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau.
Bapa anak lima berusia di antara 5 dan 15 tahun itu bertindak demikian dipercayai setelah berselisih faham dengan isterinya.
Isterinya membuat laporan polis setelah melihat keadaan suaminya yang tidak stabil.
Bertindak atas laporan, sepasukan polis datang bersama keluarga ke rumah untuk melihat keadaannya.
Bagaimanapun lelaki itu bertindak berdiri ke luar tingkap dan cuba mengugut membunuh diri.
Lelaki itu berjaya diselamatkan jam 8.47 malam dengan bantuan seorang guru agama di komuniti tersebut.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
#laporan polis
#pesara tentera
#rekod jenayah lampau
#suami dalam keadaan tidak stabil
#terjun tingkat 11