Pesakit kronik di Kemaman terima mesin oksigen

Bernama
Februari 2, 2013 19:26 MYT
Kerajaan negeri hari ini menyumbangkan sebuah mesin oksigen kepada seorang pesakit jantung dan paru-paru berair, Omar Embong di Kampung Teluk Kalong dekat sini.
Bekas pekerja sektor perindustrian berusia 65 tahun itu berkata mesin tersebut memudahkan beliau bergerak.
"Pa cik telah mengidap penyakit ini sejak dua tahun lepas dan dengan adanya mesin ini, pak cik harap dapat bertahan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di rumahnya.
Mesin bernilai kira-kira RM4,500 itu disumbangkan melalui Dana Perubatan Negeri Terengganu dan disampaikan Ahmad.
Ahmad dalam rangka lawatan menziarahi sembilan pesakit di sekitar Kampung Kijal di sini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar.
Omar kini dijaga oleh isterinya, Zainab Mustapa, 60, dan anak angkatnya Nor Aniza Ismail, 32.
"Kerajaan negeri memang prihatin dalam kebajikan rakyat. Pak cik nampak kerajaan sedia ada ini sudah cukup baik," kata Omar.
#Datuk Seri Ahmad Said #Omar Embong #Teluk Kalong
;