Perutusan khas PM mengenai situasi semasa COVID-19 malam ini

Bernama
September 15, 2020 08:53 MYT
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini. - Gambar fail
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, malam ini.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam.
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Ia juga akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
-- BERNAMA
#coronnavirus #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #perutusan khas perdana menteri