Perutusan Khas Perdana Menteri pukul 6 petang ini

Astro Awani
Oktober 6, 2020 06:20 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas pukul 6 petang ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas pukul 6 petang ini.
Perutusan berkait situasi semasa COVID-19 itu dimaklumkan beliau menerusi akaun-akaun media sosialnya.
Difahamkan, ucapan tersebut akan disiarkan dari kediaman beliau selepas Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengesahkan Muhyiddin kini menjalani kuarantin kendiri.
Semalam, Malaysia merekodkan jangkitan COVID-19 tertinggi, 432 kes sejak pandemik itu bermula pada 25 Januari lalu.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
#perutusan khas perdana menteri #jangkitan COVID19 #COVID19 #Muhyiddin Yassin perutusan #Muhyiddin Yassin #Terkini COVID19