KUALA LUMPUR: Peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan khusus untuk manfaat kontraktor kecil bumiputera dapat membantu kumpulan itu bangkit pascapandemik COVID-19 selepas terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengarah Urusan IZR VENTURES Muhammad Ridzwan Ab Manaf berkata langkah kerajaan itu dapat kembali merancakkan sektor penyelenggaraan khususnya untuk syarikat kecil bumiputera sekali gus langkah positif untuk mengurangkan kemalangan akibat masalah jalan raya berlubang.
"Penambahan dana ini mungkin akan menjadi satu platform kepada kontraktor kecil untuk memajukan syarikat dan seterusnya dapat berdaya saing dengan syarikat lebih besar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Ridzwan berharap peruntukan itu dapat disasarkan secara telus kepada kontraktor-kontraktor berkelayakan dan berpengalaman bagi memastikan kualiti kerja yang diberi memberi impak besar kepada pengguna jalan raya selain dapat mengelakkan kerja pembaikan yang berulang di lokasi sama.
Tambahan RM250 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menjadikan peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, meningkat kepada RM1 bilion.
Menurut Anwar, kerajaan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan supaya jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat, khususnya melibatkan masalah jalan raya berlubang sebagai antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Sementara itu, Pengarah WZS Builders Sdn Bhd Wan Zairul Shah berkata tambahan peruntukan itu merupakan inisiatif yang bagus kerana ia dapat memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan lebuh raya lebih terjamin.
"Tambahan peruntukan itu perlu digunakan sebaiknya agar keselamatan pengguna menjadi keutamaan kerajaan dan memastikan peruntukan sampai sepenuhnya tanpa melibatkan broker sebagai orang tengah.
"Takut apabila perkara ini (penglibatan broker) berlaku, kos akan meningkat dan kualiti kerja tidak seperti yang ditetapkan dalam kontrak. Apabila perkara ini berlaku yang rugi ialah rakyat," katanya.
Justeru, Wan Zairul mencadangkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) banteras rasuah dalam proses agihan peruntukan berkenaan bagi memastikan ia dilakukan secara adil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Peruntukan itu diharap dapat disasarkan secara telus kepada kontraktor bagi memastikan kualiti kerja mempunyai impak besar kepada pengguna jalan raya selain dapat mengelakkan kerja pembaikan yang berulang di lokasi sama. - Gambar hiasan
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.
Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.