Peruntukan KPM lulus Peringkat Jawatankuasa dengan suara majoriti

Hasimi Muhamad
Disember 15, 2020 06:06 MYT
Kelulusan peruntukan tersebut menjadikan sebanyak 26 kementerian telah mendapat kelulusan di Dewan Rakyat pada Peringkat Jawatankuasa.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
KPM menerima peruntukan terbesar membabitkan sebanyak RM50.4 bilion yang meliputi 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan bawah Belanjawan 2021
Kelulusan peruntukan tersebut menjadikan sebanyak 26 kementerian telah mendapat kelulusan di Dewan Rakyat pada Peringkat Jawatankuasa.
Satu lagi kementerian iaitu Kementerian Pengajian Tinggi sedang melakukan perbahasan RUU Perbekalan 2021.
#Dewan Rakyat #Parlimen #Kementerian Pendidikan #Belanjawan 2021