Perubahan sukar dilaksana kerana ahli politik PH tidak punya keazaman - Pemuda DAP

Astro Awani
Mei 8, 2019 17:21 MYT
Kata Yoke Kong, apabila dasar-dasar baharu menghadapi cabaran dari empat aspek, ia kadang-kadang tidak disokong anggota kabinet dan jabatan lain. - Gambar Facebook Chiong Yoke Kong
Beberapa ahli Kabinet dan pemimpin politik tidak mempunyai keazaman untuk melaksanakan pembaharuan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) sukar melaksanakan perubahan selepas setahun mengambil alih pentadbiran, kata Timbalan Pengerusi DAPSY Chiong Yoke Kong.
Selain itu, kekurangan kesedaran politik menyebabkan mereka kembali ke sistem yang rigid atau tidak dapat mengutamakan perbezaan reformasi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata menggariskan empat cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Harapan selepas setahun menerajui Malaysia.
Yoke Kong menjelaskan parti pembangkang menjadi lebih melampau dan menggunakan 3R (Bangsa, Agama, Raja) untuk mengagalkan agenda reformasi kerajaan.
"Penjawat awam tidak bekerjasama dan semangat keluhuran undang-undang tidak sepenuhnya ditanamkan dalam masyarakat, oleh sebab itu tidak mudah menerima fungsi pemerintah tanpa rasa takut atau suka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kata Yoke Kong, apabila dasar-dasar baharu menghadapi cabaran dari empat aspek, ia kadang-kadang tidak disokong anggota Kabinet dan jabatan lain.
Namun kata beliau, apabila dikaji kembali empat cabaran yang dihadapi, adalah tidak adil untuk mengasingkan dan menilai prestasi setiap kementerian.
"Contohnya, setahun selepas perubahan kerajaan, dasar baru mengenai pekerja asing masih terikat.
"Kita tidak boleh mengatakan bahawa Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran tidak bekerja, kerana untuk menyelesaikan masalah ini ia harus menyelaraskan dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri," katanya lagi.
Beliau berkata, Kerajaan baharu perlu meninggalkan model tadbir urus rejim lama dan tidak sepatutnya mempercayai atau menerima semuda cadangan yang dibuat oleh penjawat awam.
Sebaliknya, kata beliau kerajaan baharu perlu memulakan lebih banyak dialog dan berkomunikasi dengan organisasi dan kumpulan dari pelbagai bidang.
"Publisiti yang mencukupi untuk memastikan bahawa dasar itu selaras dengan konteks kebangsaan dan konteks sosial sebelum melaksanakannya.
"Ini mungkin menjadi amalan yang membosankan, tetapi cara yang lebih baik daripada bagaimana rejim sebelumnya menentukan segala-galanya tanpa berunding dengan pihak lain," katanya.
Jelas beliau, dalam masyarakat yang bergerak ke arah pendemokrasian, bunyi, kontroversi dan rintangan seperti itu tidak dapat dielakkan, dan banyak lagi akan datang.
"Ini adalah usaha sukar untuk demokrasi lengkap yang mesti kita lalui. Lagipun, pendemokrasian tidak berlaku semalaman, tetapi perjalanan perjuangan politik yang panjang dan menyakitkan," katanya.
Esok (Khamis) genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional.
#ahli politik #Barisan Nasional #Chiong Yoke Kong #DAPSY #Malaysia Baharu #Pakatan Harapan
;