Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Julai 4, 2018 11:19 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.17 pagi. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan.
Najib membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, di sini pada Rabu.
Tommy menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib dengan dua orang penjamin warga tempatan.
Namun, pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah membantah jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu tinggi.
BACA LAPOR LANGSUNG DAKWAAN NAJIB RAZAK DI SINI
BACA: Najib berdepan 4 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa
BACA: Kronologi siasatan kes 1MDB
#1MDB #ambank #dakwa #Mahkamah Kuala Lumpur #Najib Razak #SPRM #SRC International
;