KULAI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu itu berkata meskipun terdapat beberapa kelonggaran terhadap ketetapan SOP itu, ia dilihat agak ketat dan kurang praktikal.
"Agak ketat juga kerana hanya boleh berceramah di satu tempat (seperti) bilik gerakan, jadi takkan seluruh rakyat Johor nak datang situ. Contoh, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Permai dan di (kampung) Felda ini sendiri jauh.
"Tidak praktikal bagi saya sedangkan majlis-majlis sosial dibenarkan, kenduri kahwin boleh, jadi apa bezanya...Kalau satu kawasan ada 30,000 pengundi macam mana nak berhubung dengan pengundi," katanya ketika diminta mengulas berhubung SOP yang ditetapkan SPR bagi pilihan raya negeri itu.
Beliau ditemui pemberita selepas program Ramah Mesra Warga Felda di Felda Taib Andak di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abdul Latiff Ahmad.
Menurut SOP dikeluarkan SPR sebelum ini, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.
Ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang.
Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata ketetapan SOP itu dilihat memberi sedikit kelonggaran tetapi ia tidak memadai memandangkan tempoh berkempen tidak begitu lama.
Sementara itu, beliau berpendirian bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) belum mempunyai perjuangan yang boleh diukur oleh rakyat.
Muhyiddin berkata parti berkenaan dilihat tidak berstruktur namun beliau menghormati hak serta keputusan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sistem demokrasi negara termasuk keterlibatan MUDA pada PRN Johor.
"Dia (Syed Saddiq) berani untuk tawar beberapa muka (calon) baharu (untuk bertanding PRN Johor), maka terserah kepada pengundi," katanya ketika diminta memberi reaksi berkenaan keputusan MUDA meletakkan calon di medan tempur PN.
Isnin lepas, Syed Saddiq dilaporkan berkata MUDA akan bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional dan Bersatu serta langkah tersebut bagi mengelak berlaku pertembungan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.
SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian, penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Presiden Bersatu itu berkata meskipun terdapat beberapa kelonggaran terhadap ketetapan SOP itu, ia dilihat agak ketat dan kurang praktikal. - Bernama
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Persiapan akhir hukuman sebat di masjid berjalan lancar
Proses akhir pelaksanaan hukuman sebatan luar penjara terhadap individu pertama di Terengganu melakukan kesalahan khalwat berulang yang akan dilaksana selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang esok berjalan lancar.
AWANI Ringkas: Mati mengejut | Pergolakan di Mozambique
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.