Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ

Azyyati Ahmad
Ogos 6, 2016 07:05 MYT
Tunku Mahkota Johor sewaktu membuat penampilan dalam program bual bicara Obviously harith iskander pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berbincang mengenai penambahbaikan masa depan negara dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Ogos nanti.
Ia berkait rapat dengan faktor duluan yang akan timbul sekiranya pemimpin yang ada sekarang sudah tiada dan meninggalkan acuan kepimpinan yang akan diikuti pemimpin berikutnya.
“Ada beberapa perkara peribadi yang saya ingin bincang bersama beliau kerana, saya tidak bimbangkan waktu pemerintahan beliau sekarang, apa yang saya bimbangkan adalah apabila beliau sudah tiada.
“Jika kita membuat keputusan yang salah, kita akan tetapkan satu duluan yang akan menyambung keputusan yang salah yang telah dibuat.
"Jadi, ideanya adalah membuat keputusan yang betul sekarang demi kemajuan negara di masa hadapan,” katanya.
Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara.
Beliau berkata demikian dalam episod kedua temubual eksklusif rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.
#Obviously Harith Iskander #OHI #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor
;