KUALA LUMPUR: Tidak disangka pertemuannya dengan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sembilan tahun lepas mencetuskan inspirasi untuk menjejakkan kaki ke temasya Sukan Olimpik satu hari nanti.
Bagi pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, peluang bersua muka dan merakam gambar kenangan bersama "The Pocket Rocketman'" yang baru pulang ke tanah air selepas beraksi dari London 2012 ketika itu, amat bermakna dalam perjalanan kariernya sehingga berjaya berkongsi pentas Olimpik bersama Azizulhasni di Sukan Olimpik Tokyo.
Mengimbau kembali detik indah berkenaan, Muhammad Shah Firdaus berkata pertemuan itu diatur oleh pembantu jurulatihnya ketika itu dikenali sebagai Zamani atau Abang Black.
"Bagi seorang budak lelaki biasa yang sangat suka mengayuh basikal, bersua muka dengan susuk Azizul amatlah bermakna. Sebelumnya hanya mampu melihat dari media dan bersorak dari depan televisyen di dewan makan.
"Pertemuan di detik itu telah menghidupkan api semangat dalam diri budak lelaki berbaju putih ini, menanam cita-cita untuk suatu masa nanti menjejak kaki di sukan temasya terbesar dunia itu," katanya menerusi satu hantaran beserta dua keping gambar bersama Azizulhasni di laman Instagram hari ini.
Katanya, perjuangan dan perjalanan dialaminya sembilan tahun lepas penuh berliku selain menyifatkan penyertaan di Sukan Olimpik begitu "mahal" baginya seterusnya merealisasikan impiannya menggalas tugas serta cabaran untuk negara tercinta di Jepun bersama Azizulhasni.
"Bermula dari sekilas impian, dengan doa dan usaha, Alhamdulillah, 'Olympic Dream' (Impian Olimpik) kian menjadi realiti. Sungguh, realiti ini lebih indah dari mimpi. If you can dream it, you can do it (Jika anda mengimpikannya, anda boleh melakukannya)," kata beliau.
Kedua-dua pelumba berkenaan dijadual mengambil bahagian dalam acara keirin dan pecut individu pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung di Velodrom Izu bermula 4 Ogos ini.
Sukan Olimpik Tokyo yang membuka tirai secara rasmi semalam akan berlangsung sehingga 8 Ogos ini.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kanan) bergambar kenangan bersama The Pocket Rocketman, Datuk Mohd Azizulhasni Awang. - Gambar BERNAMA
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.