Pertemuan Anwar-Hajiji, satu permulaan baik untuk Sabah dan Putrajaya

Irfan Faruqi
November 27, 2022 18:37 MYT
Anwar (kiri) menerima kunjungan hormat Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Putrajaya pada Ahad.
PUTRAJAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai rombongan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada Ahad.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berharap, pertemuan antara kedua-dua pihak akan menjadi pemulaan yang baik dalam merapatkan hubungan negeri dan persekutuan.
Beliau menambah, pelbagai perkara dibincangkan bersama Anwar yang melibatkan kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyatnya.
Malah, GRS mengulangi pendirian menyokong dan memberi kerjasama penuh kepada anwar dan kerajaan pusat.
Hadir dalam pertemuan itu, Dua Timbalan Ketua Menteri iaitu, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, dan Datuk Seri Joachim Gunsalam
Turut bersama, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, serta ahli Parlimen Penampang yang juga bakal presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, dan ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan beberapa ahli Parlimen GRS.
#Hajiji Noor #Anwar Ibrahim #kunjungan hormat #kepentingan Sabah
;