Pertandingan tiga penjuru di Kota Bharu, dua calon PKR ditolak

Vivi Sumanti
April 28, 2018 15:41 MYT
Persaingan tiga penjuru menyaksikan Husam Musa menentang Datuk Takiyuddin Hassan dan Fikhran Hamshi Mohd Fatmi.
Parlimen Kota Bharu, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa mewakili Parti Keadilan Rakyat, Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan ahli perniagaan, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi.
Manakala DUN Kota Lama menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan, bekas penyandangnya, Datuk Annuar Tan Abdullah dari Pas, calon BN, Chua Hock Kuan, calon PKR, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman, calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari dan calon dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani.
Di DUN Tanjong Mas pertandingan tiga penjuru menyaksikan kesemua calonnya ialah wanita, Pas diwakili oleh bekas penyandangnya, Rohani Ibrahm, BN diwakili oleh Madihah Abd Aziz manakala PKR diwakili oleh Dr Hafidzah Mustakim.
Manakala di DUN Bunut Payong, BN mempertaruhkan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad-Rumah Mesra Rakyat, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussein, Pas diwakili penyandangnya, Dr Ramli Mamat dan PKR diwakili Sanusi Osman.
Sementara itu, dua pencalonan dari PKR ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing masing melibatkan calon di DUN Tawang dan Kuala Balah.
Borang pencalonon calon PKR Kuala Balah, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran ditolak kerana muflis manakala calon PKR DUN Tawang, Mohamed Azihan Che Seman juga berdepan nasib sama kerana masalah dokumentasi.
#Barisan Nasional #Fikhran Hamshi Mohd Fatmi #Husam Musa #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #PAS #PKR #Suruhanjaya Pilihan Raya #Takiyuddin Hassan
;