Pertandingan empat penjuru di Bukit Gelugor
Astro Awani
Mei 12, 2014 10:06 MYT
Mei 12, 2014 10:06 MYT
Seorang calon Bebas, Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.
DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.
Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.
Pencalonan seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Khoon ditolak.
MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi.