Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul

Astro Awani
Disember 22, 2024 13:00 MYT
Nabilah Khaleeda selamat diijab kabul dengan Mohamed Amirul dengan pada Sabtu. - Gambar/ THE AK.CO
SHAH ALAM: Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Mohamed Amirul Azmi dengan sekali lafaz di Shah Alam pada Sabtu.
Pasangan ini dinikahkan bapa Nabilah, Mohd Khalid Mustafa dengan mas kahwin RM300 dalam satu majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 90 orang pada jam 11 pagi.
Berkongsi kisah perkenalan pasangan mempelai itu, Nabilah, 27, berkata perkenalan pertama adalah di zaman persekolahan pada awal 2010.
“14 tahun bukan tempoh yang sekejap, macam-macam telah kami lalui tapi Alhamdulillah, lega semua berjalan dengan lancar.
“Terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu melancarkan urusan majlis,” katanya.
Dilahirkan di Shah Alam, Selangor, Nabilah berkhidmat selama hampir dua tahun di Thinker Studios sebelum menyertai Astro AWANI di bawah rancangan Niaga AWANI.
Astro AWANI menzahirkan ucapan jutaan tahniah kepada Nabilah dan Mohamed Amirul. Semoga perkahwinan anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.
#Personaliti Astro AWANI #Nabilah Khaleeda #majlis perkahwinan #Niaga AWANI
;