KUALA LUMPUR:Soalan berkenaan 'apakah kaum anda?' dilihat tidak lagi relevan pada ketika ini.
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata selain tidak relevan, persoalan itu juga lambang kepada kurang kesedaran dan adakalanya berniat buruk.
"Ia tidak relevan kerana sebagai warga Malaysia adalah isu kerakyatan. Manakala, berbangsa Melayu, India, atau Cina adalah perihal etnik.
"Kedua-duanya bukanlah perkara yang sama. Kurang kesedaran kerana sayangnya, masih ramai tidak tahu perbezaan antara keduanya.
"Ia berniat buruk kerana ada yang mengetengahkan persoalan ini untuk kepentingan politik.
"Manakala, percaturan licik politik ini memanfaatkan golongan politikus, tetapi ia tidak memberi manfaat kepada kita," katanya menerusi komentar video sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd berkata, persoalan itu akan menyakiti banyak pihak, memecah belah, memisahkan dan membuatkan rakyat Malaysia saling bertanyakan tentang kesetiaan masing-masing.
Ujarnya, hela nafas pertama setiap rakyat Malaysia yang dilahirkan, adalah sebagai warga Malaysia.
Malah, apabila berada di luar negara, rakyat Malaysia tidak kira kaum akan merujuk diri mereka sebagai warga Malaysia.
"Kenapa? Kerana warga Cina Malaysia ingin membezakan diri mereka daripada warga negara China ataupun Singapura.
"Seperti mana warga Melayu Malaysia, juga ingin membezakan diri mereka daripada mereka yang berasal dari Selatan Thailand ataupun mungkin Indonesia.
"Begitu juga yang lain-lain. Kita harus berhenti melaga-lagakan antara kerakyatan kita dengan latar belakang etnik kita.
"Tolonglah, hentikan semua ini! Ia tidak membawa kita ke mana-mana pun melainkan perpecahan," katanya.
Justeru, beliau berpandangan rakyat Malaysia ketika ini harus mewujudkan suatu persekitaran yang positif di mana setiap lapisan masyarakat boleh berbangga sebagai warga Malaysia.
Pada masa yang sama, individu bergelar rakyat Malaysia itu masih boleh menjiwai asal usul etniknya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 12 2021

Persoalan itu akan menyakiti banyak pihak, memecah belah, memisahkan dan membuatkan rakyat Malaysia saling bertanyakan tentang kesetiaan masing-masing. - Foto YouTube/zubedy official

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

#KitaReset: Bukan hanya kelemahan, tabiat buruk seperti rasuah perlu diubah - Anas Zubedy
Itu pandangan yang dilontarkan Anas Zubedy yang mengaitkan isu rasuah sebagai antara tabiat buruk yang perlu diubah.

Rakyat Malaysia banyak habiskan wang kepada perkara tidak sepatutnya - Anas Zubedy
Dalam usaha untuk mengubah perkara tersebut, suntikan kesedaran perlu ditumpukan kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Segera rombak SPRM, elak terus jadi bahan jenaka masyarakat - Penganalisis
Meletakkan SPRM di bawah Parlimen merupakan cara terbaik bagi menjamin kebebasan SPRM sebagai sebuah badan tidak berkepentingan.

Calon PM ke-9: Tak banyak cakap tak mengapa, tapi banyak buat kerja - Anas Zubedy
Malaysia perlu pemimpin yang fokus pada kerja mereka, bukan sahaja dalam melawan pandemik tetapi juga membantu dalam aspek perpaduan rakyat.

Bicara kes rasuah: Bukan sahaja cepatkan, tapi perlu bebas, tiada campur tangan - Anas Zubedy
Ia akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada bukan sahaja kepada institusi mahkamah, malah kepada agensi penguat kuasa dan kerajaan.

Ahli politik tidak matang lahir daripada masyarakat yang tidak matang - Anas Zubedy
Perilaku ahli-ahli politik adalah sebenarnya cerminan kepada pemikiran masyarakat kerana kita yang memilih mereka untuk mewakili kita.

Hidup 'bersama' COVID-19, Agenda AWANI jam 8.30 malam ini
Di luar Parlimen, perbincangan juga diteruskan bagi mencari solusi kepada kepayahan untuk menyatukan seluruh anggota masyarakat dalam waktu krisis ini.

Responden bandar pilih KJ, Nurul Izzah dan Rafizi sebagai calon PM ke-9
Anthony Loke juga mendapat undian tertinggi dari responden bandar biarpun dari DAP.

'Mentaliti ketam' dalam politik negara perlu dibuang - Anas Zubedy
Sampai bila-bila pun negara tidak akan maju jika perangai tidak boleh tengok orang lain berjaya itu wujud, apatah lagi dalam kalangan Ahli Parlimen.

Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata memupuk semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah lagi menerusi pendidikan dan pelaksanaan program sukan.