Persidangan Kepimpinan Hospitaliti MAH berjaya tarik 300 penggiat industri

Kenyataan Media
Ogos 18, 2024 16:51 MYT
Presiden MAH dan Pengerusi Penganjur HLC 2.0, Datin Christina Toh berkata pihaknya teruja dapat mengumpulkan para penggiat industri di bawah satu bumbung.- MAH
KUALA LUMPUR: Persidangan Kepimpinan Hospitaliti MAH (HLC) edisi kedua anjuran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berjaya menarik lebih daripada 300 peserta, termasuk industri perhotelan, barisan ketua industri hospitaliti dan industri berkaitan di seluruh negara.
Presiden MAH dan Pengerusi Penganjur HLC 2.0, Datin Christina Toh berkata pihaknya teruja dapat mengumpulkan para penggiat industri di bawah satu bumbung.
"Persidangan Kepimpinan Hospitaliti berfungsi sebagai platform penting untuk berkumpul dengan ketua dari seluruh sektor hospitaliti bagi berkongsi, membincang, dan bertukar idea mengenai trend dan cabaran terkini yang dihadapi industri hari ini.
"Dengan perjumpaan dengan pemimpin industri dan pakar untuk membincangkan isu-isu kritikal, MAH berhasrat dapat menyumbang kepada kejayaan industri dan membentuk hala tuju masa depan lebih baik," katanya.
Tambah beliau, penglibatan deligasi pada tahun ini lebih bersemangat dan benar-benar memberi inspirasi dengan menyaksikan penyertaan cukup bersemangat.
"Kami amat berterima kasih kepada semua perwakilan, penceramah dan penaja atas sokongan luar biasa mereka dalam menjayakan persidangan kali ini. Melalui usaha kolaboratif sebegini, kami dapat memacu inovasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan pertumbuhan dan daya tahan sektor hospitaliti yang berterusan," katanya.
Persidangan tahun ini menampilkan enam trek antaranya The Future Proof Leader: Beyond Competencies to Capabilities (KC Yan, ITD World), Chasing Growth with an Empowered Workforce (Xiulin Loo, Aon’s Human Capital Solutions Southeast Asia), Digital Tourism: Navigating the Future of Tourism & Hospitality (Arifah Sharifuddin, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Sustainable Tourism & Building Capacity (Adjunct Professor Anthony Wong, University Utara Malaysia and Taylor’s University), Beyond the Smile: Navigating Mental Health in the Hospitality Industry (Professor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj Chandrasekaran, Malaysian Mental Health Association), Mental Health: Illness or Weakness? (Madiha Fuad, PlusVibes).
#industri perhotelan #Persatuan Hotel Malaysia MAH #Persidangan Kepimpinan Hospitaliti MAH #Christina Toh
;