Persidangan Dewan tidak perlu berlanjutan selepas tengah malam - Sultan Selangor
Harits Asyraf Hasnan
Mei 13, 2017 12:21 MYT
Mei 13, 2017 12:21 MYT
Persidangan Dewan tidak perlu berlanjutan selepas 12 tengah malam, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Beta ingin menyarankan agar setiap Dewan dapat mengurangkan mesyuarat Dewan yang melangkaui masa berehat iaitu selepas jam 12 tengah malam.
“Beta yakin bahawa kecergasan minda semua pihak termasuklah urusetia Dewan dan para pelapor tidak berada di paras yang optimum ketika ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2017 di sini hari ini.
Sultan Selangor turut menyarankan supaya tempoh masa persidangan yang cukup diberikan bagi memastikan masalah rakyat mendapat perhatian serta diselesaikan.