'Persiapan untuk majlis Tun Aminah dah ready, adik dijemput Allah sehari sebelumnya'
Gempak
Ogos 15, 2017 14:44 MYT
Ogos 15, 2017 14:44 MYT
'Setiap hari kau try Baju Melayu...'
Itu luah seorang abang selepas adiknya menemui ajal sebelum sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Puteri Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim pada Isnin.
Menerusi satu entri di Facebook, Rozaimy Qaisara, berkata, adiknya cukup meminati Tun Aminah namun tidak sempat menyertai rakyat Johor yang lain untuk meraikan hari istimewa Tun Aminah dan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung di Istana Bukit Serene dan Istana Besar, Johor Bahru, semalam.
"Sepatutnya hari ni adalah hari yang paling gembira buat adik. Bukan senang nak dapat jemputan dari Istana. Lagi-lagi jemputan perkahwinan Tun Aminah Maimunah Iskandariah.
"Punyalah kau teruja sampai tiap malam kau try baju Melayu. Punyalah minat sangat kau dengan Tunku Aminah.
"Tapi apakan daya ALLAH telah menjemput kau sehari sebelum majlis Tunku Aminah. Punah harapan kau adik, apatah lagi kami sekeluarga bila lihat Baju Melayu yang dah siap gosok tergantung dalam almari kau adik.
"Semua persiapan untuk majlis perkahwinan Tunku Aminah dah ready, tapi adik dah dijemput ALLAH sehari sebelumnya. Sebak tak terkata bila tengok baju melayu ni. Really missed 1 of my HORSEMEN. Moga adik tenang di sana.
GALERI FOTO: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah
Al-Fatihah buat adik tersayang Muhammad Aidil," tulisnya.
Rata-rata yang membaca entri tersebut turut berkongsi rasa duka mereka dan berharap agar Rozaimy tabah menghadapi dugaan.
Tun Aminah dan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah diijabkabul dalam istiadat penuh tradisi pada Isnin.