'Persembahan Psy hadiah untuk warga Pulau Pinang'

Teoh El Sen
Februari 3, 2013 16:30 MYT
Persembahan Psy yang terkenal menerusi ‘Gangnam Style’ di Pulau Pinang pada 11 Februari ini adalah satu ‘hadiah’ dari Barisan Nasional untuk penduduk Pulau Pinang.
Itu kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe sekaligus mengesahkan kehadiran Psy di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina itu nanti.
Wong turut menolak dakwaan persembahan itu nanti bermotifkan politik.
“Kami mahukan sebuah majlis bertaraf antarabangsa dan membolehkan semua lapisan masyarakat untuk hadir sama. Ia amat sesuai untuk Psy membuat persembahan yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri juga,” kata Wong.
Ikuti temubual Astro Awani bersama Wong Mun Hoe.
#Gangnam Style #PSY
;