Persekitaran baru, perlu dasar baru buat Bumiputera - Norizan

Astro Awani
September 11, 2013 23:23 MYT
Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai polisi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai gagal sehingga kerajaan perlu memperkenalkan dasar baru.
Menurut Pengarah Kanan Pengurusan Stakeholder Teraju, Norizan Sharif, ramai golongan profesional dan kelas pertengahan Bumiputera telah dapat dilahirkan oleh dasar-dasar ini.
“Dasar itu berjaya tetapi apa yang diperlukan sekarang adalah melonjakkan pencapaian ekonomi Bumiputera kepada satu tahap yang lebih tinggi kerana ini adalah soal persaingan bukan sahaja di dalam negara tetapi dapat menyediakan golongan Bumiputera yang boleh bersaing di pentas global.
“Mereka akan berhadapan dengan persekitaran baru yang semakin berubah. Bumiputera harus berubah. Maka dasar dan pendekatannya juga harus berubah,” kata beliau.
Klik video untuk temubual penuh.
#Bumiputera #Dasar Ekonomi Baru #norizan sharif #Pengurusan Stakeholder Teraju
;