Persediaan mental penyelamat, sukarelawan ketika tugasan bencana

Dr Firdaus Abdul Gani
Januari 4, 2019 19:59 MYT
PTSD boleh berlaku bukan sahaja kepada invidu yang mengalami trauma tetapi juga kepada individu yang menyaksikan orang lain berada dalam keadaan trauma. - Gambar hiasan
TUGASAN menyelamat serta bantuan bencana merupakan satu tugasan yang mulia, tetapi turut memberi kesan ke atas psikologi mereka yang terlibat.
Ini kerana mereka berhadapan dengan situasi yang sukar, mengancam nyawa serta menyaksikan penderitaan yang dialami oleh mangsa atau keluarga mangsa.
Ada yang berisiko mendapat "Post-traumatic stress disorder (PTSD)" atau gangguan stress pasca trauma.
Adalah penting untuk mengenal pasti gejala penyakit ini dan mengambil langkah pencegahan kerana ia boleh menjejaskan fungsi sosial, pekerjaan serta aktiviti harian.
Ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yang lain seperti kemurungan.
PTSD boleh berlaku bukan sahaja kepada invidu yang mengalami trauma tetapi juga kepada individu yang menyaksikan orang lain berada dalam keadaan trauma.
Secara umumnya dari segi epidemiologi, kira-kira 50 sehingga 90 peratus individu pernah berhadapan dengan trauma sepanjang hidup mereka (Kessler et al,1995; Bresslau et al 1998), tetapi cuma 20 sehingga 30 peratus yang akan mendapat PTSD.
Mengikut Kessler (1995), wanita didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi iaitu 10.4 peratus untuk mendapat PTSD berbanding lelaki (5 peratus) sepanjang usia mereka.
Mengikut "Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM-V)", terdapat empat gejala utama dalam PTSD iaitu imbasan semula (re-experiencing), gejala pengelakan (avoidance), perubahan negatif pada kognitif / emosi serta peningkatan kepekaan deria (hypersensitivity).
Contoh gejala yang dialami adalah seperti berikut
Jika gejala tersebut berlangsung kurang daripada sebulan, seseorang itu mungkin mengalami gangguan stres akut atau dikenali sebagai "Acute stress disorder / reaction" tetapi jika melebihi sebulan, maka sesorang individu itu mungkin mengalami PTSD.
Apakah reaksi emosi atau tekanan yang dihadapi oleh penyelamat atau petugas bencana?
Untuk itu, adalah dinasihatkan agar langkah-langkah berikut dilakukan bagi mengelakkan berlakunya tekanan emosi atau psikologi di kalangan penyelamat / petugas bencana :
A) Ketika besedia untuk membantu
B) Pengendalian stress yang berkesan
C) Ambil masa untuk rehat dan refleksi diri
Komplikasi kepada PTSD ialah ia menyebabkan ketidakfungsian dalam kehidupan dan pekerjaan.
Ia juga boleh menyebabkan perubahan dari segi emosi, tingkah laku dan biologikal.
Jika seseorang individu mengalami PTSD tidak dibantu, pelbagai kesan negatif yang akan terjadi kepada individu tersebut.
Ini mendedahkan pesakit bukan sahaja kepada masalah gemuruh (anxiety), malahan pesakit berisiko untuk mendapat kemurungan serta bunuh diri ekoran dari gejala PTSD yang berlanjutan (Sher et al,2010).
Rujukan:
1) American Psychiatric Association (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders: DSM-V. Washington, DC: American Psychiatric Association.
2) Blumenfield M, Byrne DW (1997).Development of Posttraumatic Stress Disorder in Urban Emergency Medical Service Workers. Posted: 04/01/2002; Medscape Psychiatry & Mental Health eJournal. 1997;2(5)
3) Breslau N, Kessler RC, Chilcoat HD, Schultz LR, Davis GC, Andreski P (July 1998). "Trauma and posttraumatic stress disorder in the community: the 1996 Detroit Area Survey of Trauma". Arch Gen Psychiatry 55 (7): 626–32.
4) Kessler, R.C., Sonnega, A., Bromet, E., Hughes, M., & Nelson, C.B. (1995). Posttraumatic stress disorder in the National Comorbidity Survey. Archives of General Psychiatry, 52,1048-1060.
5) Sher, Leo (2010). "Neurobiology of suicidal behavior in post-traumatic stress disorder". Expert Reviews 10 (8): 1233-1235.

*Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
#banjir #bencana #Fizikal #Kolumnis AWANI #mental #PTSD #sukarelawan #trauma
;