Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ingin menarik perhatian masyarakat umum tentang isu pengislaman anak-anak seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk agama Islam (mualaf).
Isu ini sekali lagi diambil kesempatan beberapa pihak tertentu, khususnya Majlis Peguam yang seolah-olah cuba memberikan gambaran bahawa pengislaman sebelah pihak (unilateral conversion) telah berlaku dan oleh yang demikian melanggar beberapa aspek kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 12 (3) dan 12 (4).
Untuk menjawab beberapa perkara yang telah diutarakan pihak Majlis Peguam, PPMM ingin menyentuh tiga perkara khusus:
Pertamanya, Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di Negara ini telahpun membuat keputusan mengenai definisi "parent” di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menentukan hak seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk Islam dan mengislamkan anak-anak beliau yang di bawah umur.
Hal ini diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Lain (2007) yang telah bersetuju atau mengesahkan keputusan kes terdahulu Nedunchelian V Uthiradam lawan Nurshafiwah Mah Singai Annal & Lain (2005) bahawa definisi istilah "parent" adalah cukup bermaksud dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa.
Oleh yang demikian di dalam kes Subashini, pengislaman anak-anak di bawah umur 18 tahun oleh bapa yang Muslim diktiraf Mahkamah Persekutuan sebagai betul dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan tentang Islam atau bukan Islamnya seseorang bila telah nyata dan sahnya pendaftaran mualaf hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Justeru Mahkamah Sivil, hatta Mufti, Majlis Agama Negeri-negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menukar, meminda status Islam seorang dgn apa-apa perubahan. Kedudukan undang-undang ini telah dijelaskan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu kes Azlina Jailani lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (2006).
Kedua, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2009, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa anak-anak pasangan suami isteri sepatutnya kekal di dalam agama asal pasangan tersebut semasa perkahwinan mereka bukanlah suatu kedudukan yang sah mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang cuba digambarkan Majlis Peguam.
Pada hakikatnya, jemaah menteri tiada kuasa untuk mengarahkan mana-mana Mahkamah untuk meminda, mematuhi arahan atau membatalkan sebarang undang-undang. Undang-undang yang sah hanya ditafsirkan Mahkamah mengikut falsafah, matan dan kehendak perundangan yang di gubal di Parliamen bagi undang-undang Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi maksud Enakmen-enakmen Negeri.
Kebebasan kehakiman adalah asas yang sangat penting di dalam sistem demokrasi Malaysia. Adalah jelas bahawa cabang Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman mempunyai peranan masing-masing yang jelas dan tidak boleh mencampuri urusan yang lain.
Justeru, arahan Kabinet 2009 sepertimana yang didakwa Majlis Peguam, tidak mempunyai sebarang nilai dan tidak boleh meminda apa yang telah diputuskan Mahkamah. Mahkamah tidak terikat oleh arahan tersebut di dalam penafsiran undang-undang-undang lebih-lebih lagi apabila sesuatu perkara telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebagaimana di dalam kes Subashini. Selagi undang-undang tersebut tidak di pinda atau di batalkan maka undang-undang berkaitan dan keputusan Mahkamah pada masa tersebut adalah diterima pakai.
Ketiga, pada hemat PPMM, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) telah sekali lagi bertindak membelakangkan undang-undang yang sah apabila membuat tanggapan keputusan kabinet pada 2009 hanya janji kosong kerana hanya mahu meredakan kes yang berlaku, bahkan ia tidak memberi keadilan kepada ibu atau bapa bukan Islam.
Umum mengetahui bahawa MCCBCHST juga menganggotai Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang ditubuhkan pada 24 Februari 2010. Namun demikian mereka telah membuat tindakan untuk mencabar hak-hak Muslim apabila memilih untuk menyebarkan pandangan yang salah berhubung isu ini di ruang media dan tidak melakukan yang terbaik untuk merujuk wakil-wakil Islam yang berautoriti di dalam jawatankuasa tersebut bagi mendapatkan penjelasan dan menjernihkan prejudis dan stereotaip mereka mengenai Islam di Negara ini.
Perlu ditegaskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam;
2. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam;
3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.
Adalah jelas bahawa keputusan di atas telah disandarkan pada asas hujahan yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Semua pihak termasuk Jemaah Menteri, Majlis Peguam dan MCCBCSHT perlu akur dengan hakikat ini dan tidak boleh mencari ruang untuk memanipulasi kedudukan ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Seringkali di dalam situasi seseorang suami memeluk Islam, mualaf ini ditohmah mahu melarikan diri dari tanggungjawab sivilnya.
Namun pada hakikatnya mualaf tersebut telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan mahu mengamalkan hak beragamanya sebagaimana yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan.
Jurisprudens Islam tidak menghapuskan tanggungjawab suami atau bapa Islam terhadap isteri dan anak-anaknya walaupun berlainan agama mengikut kaedah yang ditentukan Islam. Malah terdapat juga kes isu pemelukan Islam ini dimanipulasi pihak tertentu namun akhirnya isteri bukan Islam itu dengan sukarela telah memeluk agama suci ini. Oleh yang demikian PPMM mengingatkan semua pihak jangan cuba membuat kontroversi isu sebegini, hal ini haruslah diselesaikan oleh kedua belah pihak secara berhemah.
Kenyataan dikeluarkan oleh:
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia
Astro Awani
Thu Jun 20 2013
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pendirian Badan Peguam terhadap hudud juga tidak ikut Perlembagaan - PPMM
PPMM melalui Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar melahirkan rasa kurang senang dan menegur kenyataan media Badan Peguam.