Persatuan Melayu Melanau Bersatu terima peruntukan RM1.28 juta

Astro Awani
Oktober 17, 2020 13:58 MYT
Dr Annuar Rapaee berharap MBB memanfaatkan dewan baharu persatuan itu sebaik mungkin apabila ia siap nanti. - Foto Facebook/ Annuar Rapaee
SIBU: Persatuan Melayu Melanau Bersatu (MMB) menerima peruntukanRM1.28 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Peruntukan yang diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu akan digunakan bagi pembinaan semula dewan milik persatuan berkenaan di sini.
Ketika mengumumkan perkara ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr. Annuar Rapaee berkata sebuah jawatanukasa akan ditubuh bagi merancan pembinaan dewan tersebut.
"Sebuah jawatankuasa akan ditubuh oleh MMB dinamakan Jawatankuasa Pembangunan MMB.
"Jawatankuasa ini akan merancang apa yang akan dilakukan bersama agensi pelaksana yang akan diberi kepada SMC untuk melaksanakan projek tersebut," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Makan Malam MMB di sini, Pada Jumaat.
Sementara itu Pengerusi MMB, Abang Abdul Hamid Abang Bolhassan menyifatkan peruntukan berkenaan sebagai penghargaan daripada kerajaan negeri.
“Saya bersyukur kerana bantuan ini amat kami nantikan.
"Dengan ada bantuan ini kami akan dapat melaksana lebih banyak aktiviti masyarakat," ujarnya.
#Sarawak #Sibu #Annuar Rapaee #Melayu #Melanau #Bersatu #nangka #ADUN #Abang Johari Tun Openg #Ketua Menteri #MMB
;