KUALA LUMPUR: Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bersedia memberikan penjelasan kepada mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara berkaitan vaksin COVID-19.
Presidennya, Amrahi Buang berkata ia bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut.
Menurut beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan golongan itu akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Namun selepas pengumuman ini dibuat, rata-rata sambutan daripada ahli Dewan Rakyat sama ada daripada golongan penyokong kerajaan dan golongan pembangkang masih lagi suam.
"Ini adalah sangat mendukacitakan rakyat. Sehingga kini, kenyataan rasmi daripada Ketua Pembangkang berkaitan saranan MPS masih lagi belum kedengaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, MPS turut mencadangkan agar Ahli Dewan Negara perlu diberikan suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama PICK kerana golongan itu mempunyai tugas dan tanggungjawab rasmi mengikut amalan dan sistem berparlimen di negara ini.
Beliau berkata langkah pemberian vaksin itu adalah sangat baik dan positif untuk menjayakan program imunisasi demi kepentingan rakyat dan negara.
MPS juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mewujudkan pendaftaran untuk memaklumkan status vaksinasi COVID-19 setiap Ahli Dewan Rakyat, ADUN dan Ahli Dewan Negara untuk pengetahuan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021
AMRAHI: Penjelasan itu bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut. - Bernama
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lazada bekerjasama dengan MPS pastikan pembelian produk kesihatan lebih terjamin
Kerjasama strategik ini bakal memangkin visi ke arah merealisasikan pembentukan ekosistem eDagang yang berteraskan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan para pengguna.
Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.
Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Guru, pendidik perlu diberi keutamaan terima vaksin
Ia supaya sekolah-sekolah boleh dibuka semula dan demi memastikan persekitaran selamat untuk anak-anak serta memberikan kestabilan ekosistem pendidikan.