Persatuan Belia Juruterbang Malaysia adakan solat hajat di KLIA
Khairunnisa Kasnoon
Mac 9, 2014 12:57 MYT
Mac 9, 2014 12:57 MYT
Persatuan Belia Juruterbang Malaysia mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal Pesawat MH-370.
Presidennya, Tuan Ahmad Humaizi Muhammad Kamal memaklumkan, solat hajat berkenaan diadakan pada jam 1:30 petang di Surau Anjung Tinjau, aras lima, KLIA.
Solat hajat tersebut diimamkan, Imam Masjid KLIA, Ustaz Muhammad Hafiz Abdullah Latif.
Beliau menjemput orang ramai untuk turut sama menyertai solat hajat mendoakan keselamatan mereka yang terlibat.
Humaizi pada masa sama menyeru umum supaya mengelakkan spekulasi yang belum disahkan bagi menjaga sensitiviti waris keluarga dan juga anak kapal terbabit.