Persatuan baharu lindungi tradisi Hindu Malayalee
Bernama
Oktober 22, 2012 09:56 MYT
Oktober 22, 2012 09:56 MYT
Persatuan Agama Kebudayaan dan Adat Resam Hindu Malayalee Malaysia dilancarkan hari ini khusus untuk melindungi adat resam dan tradisi Hindu Malayalee di negara ini.
Persatuan itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel. Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.
Palanivel dalam ucapannya berkata Malayalee Malaysia telah mencapai kejayaan besar dalam bidang profesional dan ini telah menyumbang kepada kesinambungan pembangunan negara.
"Malayalee kini mempunyai peranan penting dan saya berharap mereka akan terus memiliki keberanian dan keazaman untuk membangunkan negara ini," katanya.