Persatuan Alumni UIAM lancar tabung Palestin
Astro Awani
Disember 6, 2012 22:45 MYT
Disember 6, 2012 22:45 MYT
Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan tabung bantuan Palestin - Gaza hari ini bagi membantu mangsa penindasan dan kezaliman zionis Israel.
Menurut presidennya, Khalek Awang, kutipan kali ini mensasarkan lima puluh lima ribu ringgit dalam tempoh lima hari selapas dilancarkan.
Hasil kutipan tabung tersebut akan diserahkan kepada badan bertanggungjawab dalam satu majlis makan malam pada 20 Disember yang akan turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Untuk peringkat pertama sehingga kepada majlis makan malam, kita ada berapa hari ... Ada lebih kurang 15 hari saya ingat sekurang-kurangnya 55 ribu yang boleh kita dapat,” jelas beliau.
Ujar Khalek, tujuan tabung ini adalah untuk membantu mengurangkan penderitaan warga Gaza dan pada masa sama dapat meningkatkan penghayatan erti keamanan kepada ahli persatuan dan masyarakat Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis makan malam sempena Anugerah Alumni UIAM pada 20 Disember 2012 di Kuala Lumpur.
Orang ramai dan bekas pelajar UIAM boleh menghulurkan derma ke akaun Maybank persatuan Alumni UIAM pada paparan tertera.
#Gaza
#Israel
#Khalek Awang
#Palestin
#Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#tabung
#UIAM