PUTRAJAYA: Sempena Hari ASEAN ke-54 hari ini, Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perpaduan ASEAN telah membolehkannya mengatasi cabaran secara kolektif meliputi krisis kewangan global kepada perubahan iklim, bencana alam dan kini, pandemik COVID-19.
Dalam perutusannya sempena sambutan ulang tahun ASEAN, Hishammuddin berkata kesan COVID-19 terhadap nyawa dan kehidupan masyarakat sangat dahsyat, menyaksikan kapasiti sektor penjagaan kesihatan yang semakin terbeban sehingga kehilangan pendapatan.
"ASEAN tidak akan mengalah dan kekal teguh memerangi pandemik COVID-19 bergandingan dengan seluruh dunia untuk menunjukkan bahawa manusia akan mengatasi cabaran besar ini bersama-sama dan bangkit lebih kuat," katanya.
Hishammuddin berkata kemunculan varian baharu COVID-19 dan prospek penyakit itu akan menjadi endemik, memerlukan kerajaan di seluruh dunia memikirkan semula strategi mereka.
"Memandangkan tiada negara atau rantau yang mempunyai keupayaan dan pendekatan yang sama dalam menangani pandemik ini, kaedah cookie-cutter mungkin tidak berfungsi. Sehubungan itu, usaha yang akan diambil mestilah dinamik dan fleksibel, menepati keperluan dan kriteria setempat," katanya.
Sejak awal tahun 2020, Hishammuddin berkata ASEAN telah mengambil pendekatan proaktif melalui siri penglibatan dan pertukaran maklumat antara negara anggota dan rakan luar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan serantau dalam pencegahan, pengesanan, tindak balas dan kesediaan menangani pandemik itu.
Beliau berkata ASEAN telah melaksanakan beberapa strategi dan kerangka kerja untuk menghadapi peningkatan COVID-19, sambil mengurangkan kesannya terhadap ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN Mengenai COVID-19 pada April 2020, para pemimpin ASEAN sebulat suara bersetuju tentang keperluan kritikal ASEAN memberi tumpuan kepada menangani ramifikasi ekonomi dan sosial pandemik itu, sambil berusaha ke arah pelan pemulihan pasca pandemik bagi ASEAN.
Pada sidang kemuncak itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan agar ASEAN merangka pelan pemulihan ekonomi serantau untuk menyelaraskan tindak balas serantau, tambahnya.
Seterusnya, Hishammuddin berkata Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF), yang berfungsi sebagai panduan hala tuju strategik dan fokus untuk pemulihan dan sokongan pandemik di ASEAN, telah diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan sidang kemuncak berkaitan pada November 2020.
Beliau berkata melalui ACRF, beberapa strategi yang luas telah dirangka termasuk meningkatkan sistem kesihatan serantau, mengukuhkan keselamatan manusia, memaksimumkan potensi pasaran intra-ASEAN dan memperluas integrasi ekonomi serta mempercepatkan transformasi digital inklusif.
Semua strategi itu dilaksanakan dalam kerangka kerja ASEAN yang ada dengan sokongan semua rakan luarnya, kata beliau.
Bagi mempercepatkan pemulihan berikutan pandemik itu, Hishammuddin berkata ASEAN telah memulakan usaha menangani kekurangan kit ujian, peralatan perlindungan diri dan vaksin melalui Dana Tindak Balas COVID-19 ASEAN.
Dana itu, yang berfungsi sebagai kumpulan sumber kewangan, akan membantu semua negara anggota ASEAN dalam pengesanan, kawalan dan pencegahan penularan COVID-19 serta memastikan keselamatan pekerja perubatan dan petugas barisan hadapan, katanya.
Hishammuddin berkata Kerangka Kerja Perjalanan Koridor Asean (ATCAF) yang objektifnya adalah untuk memulihkan dan menghidupkan semula aktiviti ekonomi, telah digubal untuk memudahkan pergerakan pelancong perniagaan penting dalam ASEAN, sambil mematuhi secara ketat protokol kesihatan.
Hishammuddin berkata kesan pandemik itu terhadap kesihatan mental tidak lagi boleh diabaikan dan ia merupakan satu lagi aspek yang dipandang serius oleh ASEAN.
Mengakui pentingnya kesihatan mental, Hishammuddin berkata ASEAN dan rakan luarnya telah memulakan beberapa inisiatif untuk berkongsi pengalaman, bertukar maklumat mengenai amalan terbaik, serta merangka dasar untuk menangani isu itu.
ASEAN berganding bahu dengan orang ramai, pakar dan organisasi masyarakat sivil dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu kesihatan mental, katanya.
Menyedari vaksinasi adalah alat paling berdaya maju untuk memenangi pandemik itu, Hishammuddin berkata ASEAN terus menggesa pengagihan vaksin yang adil dan saksama kepada semua negara, satu usaha yang telah berulang kali dilakukan dalam semua penglibatan ASEAN.
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, ASEAN adalah kumpulan serantau yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021
Hishammuddin berkata kemunculan varian baharu COVID-19 dan prospek penyakit itu akan menjadi endemik, memerlukan kerajaan di seluruh dunia memikirkan semula strategi mereka. - Foto BERNAMA
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.