Perolehan suku pertama Petronas Chemicals meningkat

Astro Awani
Mei 28, 2013 16:08 MYT
Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan perolehan syarikat sebanyak 4.5 bilion ringgit pada suku pertama 2013.
Peningkatan 2% berbanding tempoh sama tahun lalu itu disokong oleh harga produk akhir lebih tinggi.
Di dalam satu kenyataan bekata suku pertama 2013 menyaksikan keadaan pasaran lebih menggalakan dengan harga produk lebih stabil dan bekalan di pasaran lebih rendah.
Manakala,perbezaan harga bahan mentah dan produk akhir juga meningkat berikutan harga komoditi mentah yang tidak meningkat seiring dengan nilai produk.
Keadaan itu telah membawa kepada pertumbuhan keuntungan syarikat sebanyak 10% kepada RM1.2 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sementara EBITDA syarikat pula meningkat 10% kepada RM1.8 bilion dengan pengukuhan margin 40%.
Operasi syarikat kekal kukuh dengan pemulihan bekalan gas pada fasiliti metanol yang telah membawa kepada peningkatan aktiviti penyelengaraan pada suku pertama 2013.
#PCG #petronas chemicals group #Q1
;