KUALA LUMPUR:Tidur Sharifah Shahira tidak pernah lena sejak beberapa hari lalu mengenangkan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir di negeri kelahirannya, Pahang.
Sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman sukar ketika menetap di Hulu Dong, Raub, pelakon, pengacara dan penyampai radio popular berkenaan sedia maklum kesedihan serta kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam itu.
Rumah ditenggelami air, perkakas kediaman dibawa arus, terpaksa berpindah ke pusat penempatan serta barangan keperluan peribadi rosak merupakan mimpi ngeri kepada yang pernah melaluinya termasuk artis berkenaan.
Lalu, kerana tidak sanggup melihat mangsa-mangsa banjir di Pahang meneruskan kehidupan sehelai sepinggang, dia terdorong untuk menghulur bantuan.
Dalam waktu yang singkat, usahanya mendapat perhatian ramai rakan artis serta masyarakat umum yang tidak putus-putus menghulur bantuan wang ringgit serta barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Kata Shahira, antara keperluan asas yang sangat-sangat diperlukan ketika ini ialah air minuman serta pakaian dalam.
“Yang penting sangat, air, pakaian dalam, berus gigi, tuala wanita dan sabun supaya mana yang boleh cuci rumah dah boleh mula cuci rumah.
“Terima kasih kepada semua yang membantu, saya mulakan penghantaran hari ni sampai empat hari akan datang,” katanya kepada Astro AWANI.
Dengan memanfaatkan akaun Instagram peribadinya, Shahira mengalu-alukan bantuan daripada rakan-rakan selebriti dan peminat-peminatnya.
“Rakan artis pun ramai yang bagi bantuan kewangan, ribu-ribu ringgit dikongsi.
“Ada juga yang bagi RM10 pun kita ucapkan banyak-banyak terima kasih,” tambahnya lagi.
Shahira dalam masa sama turut menerima sumbangan pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak daripada beberapa pihak untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.
Pada Rabu, Shahira mengagihkan sumbangan air minuman kepada mangsa banjir di tiga buah daerah di Pahang iaitu Raub, Benta dan Kuala Lipis.
Difahamkan bekalan air di daerah Raub masih terganggu akibat loji rawatan air yang dibanjiri lumpur ketika banjir yang mula melanda pada Ahad.
Selain Shahira, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin juga mengambil inisiatif menghulur bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di daerah kelahirannya, Kuala Lipis.
Bekalan keperluan asas sumbangan Siti Nurhaliza telah dikirim dari Kuala Lumpur pada Rabu ke lokasi yang dilanda musibah banjir.
BACA: Siti Nurhaliza hulur sumbangan kepada mangsa banjir di kampung halaman
Hilal Azmi
Thu Jan 07 2021
![Pernah menjadi mangsa banjir, Sharifah Shahirah bantu ringankan derita orang Pahang Pernah menjadi mangsa banjir, Sharifah Shahirah bantu ringankan derita orang Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610014929_SharifahShahira.jpg)
Dalam waktu yang singkat, usaha Sharifah Shahira mendapat perhatian ramai rakan artis serta masyarakat umum yang tidak putus-putus menghulur bantuan wang ringgit serta barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
![Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549432802_sufiansuhaimishiera.jpg)
Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu
Sufian Suhaimi lamar anak Shiera?