Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa alami gangguan teknikal
Afiezy Azaman
April 27, 2022 10:30 MYT
April 27, 2022 10:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan perkhidmatan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sedang mengalami gangguan teknikal.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan sistem kembali beroperasi seperti biasa.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman media sosial Jabatan Imigresen Malaysia, pada Rabu.
Tinjauan Astro AWANI mendapati laman sesawang permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa di www.imi.gov.my tidak dapat diakses dan menyatakan 'Harap Maaf. Sistem Sedang Diselengara. Harap Maklum'.