Permohonan maaf kepada pihak PKRC Negeri Kelantan

Astro Awani
Mei 26, 2021 22:45 MYT
Kesilapan yang tidak sengaja ini adalah dikesali dan tiada niat untuk salah lapor atau berniat untuk memburukkan nama PKRC Negeri Kelantan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Astro AWANI memohon maaf atas penyiaran berita bertajuk 'Vandalisme, persetubuhan luar nikah antara kesalahan dikesan di PKRC Kelantan' yang disiarkan pada Rabu.
Penerbitan berkenaan sewajarnya merujuk kepada fakta berkait dengan lokasi 'Stesen Kuarantin (QS) Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan' dan bukannya Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) seperti yang disiarkan di artikel asal.
Menyedari kesilapan nama tempat itu, Astro AWANI telah membuat pembetulan fakta.
Kesilapan yang tidak sengaja ini adalah dikesali dan tiada niat untuk salah lapor atau berniat untuk memburukkan nama PKRC Negeri Kelantan.
Kekhilafan itu juga bersifat jujur tanpa niat untuk memburukkan imej dan reputasi mana-mana pihak.
Astro AWANI memohon maaf kepada pihak pengurusan, Pengarah PKRC, penghuni dan semua yang ada kaitan dengan PKRC yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Kelantan.
#PKRC #COVID-19 #permohonan maaf #Jabatan Kesihatan Kelantan
;