Astro AWANI ingin memohon maaf di atas kesilapan dalam laporan bertajuk “Pesawat Malindo Air membuat pendaratan kecemasan di Bangkok" yang diterbitkan hari ini.

Kami juga ingin melahirkan rasa kekesalan terhadap laporan yang diterbitkan di portal kami www.AstroAwani.com pada pukul 2.15 petang 18 Julai 2015 itu.

Laporan merujuk kepada insiden pada 2014 di mana sebuah pesawat Malindo Air penerbangan OD206 yang menggunakan Boeing 737-900ER dalam perjalanan dari New Delhi ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bangkok kerana masalah teknikal.

Laporan terbabit telah ditarik balik pada 3.33 petang sejurus kami menyedari kesilapan mengenainya.