Permohonan fasa kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini - Khairy
Umavathi Ramayah
Mei 17, 2021 13:07 MYT
Mei 17, 2021 13:07 MYT
KOTA KINABALU: Permohonan untuk mendapatkan suntikan vaksin Astrazeneca fasa kedua akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun hanya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas diberikan keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web dan juga klinik kesihatan komuniti.
"Susulan sambutan yang mengalakkan, kerajaan membuka semula inisiatif ini bagi membolehkan warga emas untuk membuat tempatan slot atau akses awal.
"Keprihatinan ke atas warga emas ini adalah atas faktor kumpulan ini perlu terus dilindungi dan mempercepatkan fasa kedua pemberian vaksinasi," katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin.
Namun demikian Khairy menjelaskannya, pengecualian akan diberikan kepada mereka yang dalam senarai menunggu bagi mendapatkan vaksin AztraZeneca.
Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, kerajaan membenarkan syarikat Pharmaniaga Bhd sebagai syarikat perintis Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri.
"Mereka telah membeli vaksin sendiri untuk diberi kepada pekerja kilang mereka dan kita meluluskan permohonan ini memandangkan ini adalah kilang vaksin dan saya tidak mahu kilang ini terpaksa ditutup ekoran jangkitan," jelasnya.
Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei lalu.
#ADUN Pitas
#Ruddy Awah
#Warisan
#GRS
#nafi
#fitnah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#AstraZeneca
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#suntikan
#ADUN
#COVID-19