Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini
Astro Awani
September 6, 2020 07:12 MYT
September 6, 2020 07:12 MYT
Permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan pembubaran DUN oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, dianggotai Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Panel hakim yang sama juga akan mendengar rayuan gabungan ADUN itu, diketuai bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lalu.
Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan gabungan ADUN itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan TYT Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.
Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon Juhar, selaku responden pertama, membubarkan DUN.
Menurutnya, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.
Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 September sebagai hari pengundian pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
#33 ADUN
#bubar DUN Sabah
#DUN Sabah
#hakim
#Juhar Mahiruddin
#Ketua Menteri
#Kota Kinabalu
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Tinggi
#Mohd Shafie Apdal
#Musa Aman
#PRN Sabah
#rayuan
#Sabah Memilih
#semakan kehakiman
#TYT Sabah
#wakil rakyat