PUTRAJAYA: Permintaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong supaya atlet diberi khidmat sokongan lebih konsisten menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, antara isu yang akan dibincangkan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Road To Gold (RTG) pada Khamis ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG, berkata maklum balas sedemikian akan menjadi keutamaan pihaknya dalam memastikan Malaysia mencapai impian meraih pingat emas pertama Olimpik.
"Apa yang Pandelela bangkitkan adalah sebab utama kita wujudkan RTG ini, untuk menyelesaikan roadblocks dan membantu atlet-atlet yang berpotensi untuk sumbang pingat. Kita nak bagi sokongan lebih baik, tambahan daripada apa yang mereka dapat menerusi Program Podium sekarang.
"Beberapa isu telah diketengahkan dalam perhatian RTG, kita akan bincangkan semua isu ini dalam mesyuarat, ada beberapa isu akan ditambah baik," katanya pada sidang media direktori fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Semalam, Pandelela dilapor berharap supaya skuad terjun negara mendapat khidmat sokongan yang lebih konsisten seperti khidmat tukang urut dan biomekanik sukan seperti disediakan ketika edisi London 2012 dan Rio 2016, selain keperluan untuk analisis video.
Pandelela mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama negara menyumbang pingat (gangsa) di Sukan Olimpik pada edisi 2012 bagi acara 10 meter (m) platform dan kemudian meraih perak dalam 10m platform seirama menerusi gandingan bersama Cheong Jun Hoong pada edisi 2016.
Sementara itu, Hannah berkata Jawatankuasa RTG tidak mahu mengumumkan dahulu senarai atlet dalam program tersebut atas permintaan tiga bekas atlet - Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Datuk Mirnawan Nawawi - yang berada dalam jawatankuasa berkenaan.
"Kita belum bincang dengan teliti, kalau ikut perspektif pentadbir, kita suka nak umum, tetapi kita nak hormati perspektif bekas atlet juga. Jawatankuasa ini akan buat reviu berkala, contohnya atlet itu ranking 10 teratas dunia sekarang, tapi tahun depan langsung tak layak yang perlu dikeluarkan, dan ada atlet baharu yang akan masuk kerana layak.
"Tempoh kelayakan itu ada yang belum mula pun, jadi kita kenal pasti (atlet berdasarkan) ranking yang sedia ada, pencapaian berdasarkan Olimpik lepas, serta potensi pingat dan sebagainya, kemudian kita akan lihat apa mereka perlukan dulu," katanya.
Ditanya mengenai beberapa negara yang dikatakan mahu memboikot temasya Olimpik atau kejohanan kelayakan ke Paris 2024 jika ada penyertaan dari atlet Rusia dan Belarus, Hannah berkata perkara berkaitan itu belum dibincangkan.
"Kita belum bincang perkara ini dengan MOM (Majlis Olimpik Malaysia), saya yakin (Presiden MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan membawa perkara ini dalam perhatian jawatankuasa nanti. Bagaimana respons negara lain, akan berbeza dengan apa maklum balas yang kita berikan, biar saya bincang dulu dengan MOM," katanya.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) baru-baru ini membenarkan atlet Rusia dan Belarus untuk beraksi dalam kejohanan kelayakan sebagai atlet neutral, namun ia tidak disenangi oleh Ukraine dan beberapa negara barat yang mengancam untuk memboikot kerana konflik Rusia-Ukraine masih berlarutan sejak Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) pada sidang media di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. - Foto BERNAMA
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.