Permintaan limau mandarin tidak tinggi
Hakim Rahman
Januari 24, 2014 12:11 MYT
Januari 24, 2014 12:11 MYT
Permintaan terhadap limau mandarin tidak serancak tahun-tahun sebelumnya. Kelembapan permintaan itu dikatakan berpunca daripada peningkatan kos bahan api yang secara tidak langsung memberi kesan kepada harga limau mandarin.
Seorang penianga Soo Poh Suan mengaku peniaga kecil sepertinya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos operasi.
Sebelum ini, dia menjual limau mandarin Gred B pada harga RM12 sekotak tetapi kini terpaksa menaikan harga kepada RM15 ringgit sekotak.