PERMAI: Peruntukan awal RM200 juta ringankan beban mangsa banjir
Hasimi Muhamad
Januari 18, 2021 18:42 MYT
Januari 18, 2021 18:42 MYT
PUTRAJAYA: Peruntukan awal sebanyak RM200 juta disalurkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pada Isnin.
"Saya telah mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu baru-baru ini.
"Di samping itu, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut," katanya, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut menjunjung kasih di atas keprihatinan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana mencemar duli dalam meredah banjir, serta terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara, serta kampung-kampung sekitar Pahang baru-baru ini.
#PERMAI
#Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara
#NADMA
#Peruntukan Banjir
#COVID-19