PERMAI: Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada tujuh negeri PKP
Hasimi Muhamad
Januari 18, 2021 17:08 MYT
Januari 18, 2021 17:08 MYT
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran sebanyak RM1,000.
Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi 300,000 PKS di negeri lain pula, mereka akan menerima RM500.
"Perluasan inisiatif GKP Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.
"Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi Zon Merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta," katanya ketika mengumumkan Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) di sini, pada Isnin.
#PERMAI
#Geran Khas Prihatin
#PKS
#GKP Tambahan
#GKP PERMAI
#PKP
#Pakej Bantuan Khas
#peruntukan tambahan
#Muhyiddin Yassin