Perlukan pertolongan? Ini langkah-langkah hadapi keganasan rumah tangga

Najmi Syahiran Mamat
April 17, 2020 17:58 MYT
Menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita, sebanyak 264 panggilan dan pertanyaan di aplikasi Whatsapp diterima berhubung kes keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan
MANGSA keganasan rumah tangga (KRT) lazimnya kebuntuan dalam mendapatkan pertolongan. Apatah lagi jika terlalu trauma dengan serangan fizikal dan mental yang dihadapi.
Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Women’s Aid Organisation (WAO), pada awal April sahaja, sebanyak 264 panggilan dan pertanyaan di aplikasi WhatsApp diterima melalui talian bantuan KRT dan perkhidmatan TINA.
Apa yang lebih membimbangkan apabila kebergantungan mangsa kepada pendera boleh memburukkan lagi situasi ini yang akhirnya 'mengunci' mulut mangsa untuk mendapatkan pertolongan.
Namun, apakah langkah-langkah yang terbaik dan selamat sekiranya anda ‘terperangkap’ dalam situasi sebegini?
BACA: 135 aduan keganasan rumah tangga diterima sepanjang PKP
Memetik garis panduan yang disarankan WAO, berikut empat pilihan bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga.
Pilihan pertama memberi ruang kepada mangsa untuk mendapatkan nasihat, tip untuk mengetahui pilihan-pilihan lain serta menetapkan jadual untuk sesi rundingan secara depan-depan.
Selain mendapatkan perlindungan dengan WAO, mangsa juga boleh mendapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di hospital-hospital kerajaan yang terletak di wad kecemasan dan trauma.
Laporan polis juga boleh dibuat di hospital berkenaan. Difahamkan, di OSCC, doktor akan memberi rawatan untuk sebarang kecederaan dan juga akan mengumpul bukti yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Pilihan ketiga pula adalah mangsa boleh merujuk kepada Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ia merupakan suatu perintah yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam takrif keganasan rumah tangga di bawah Seksyen 2, Akta 521.
Pemandiri perlu membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran dan tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan EPO yang sah selama tempoh tujuh hari itu.
Pilihan lain termasuk membuat laporan polis dan membuat permohonan Perintah Perlindungan Interim di mana-mana balai polis berdekatan.
Bagi laporan tersebut, mangsa perlu memberi keterangan tentang penderaan itu seperti apakah yang berlaku, bila ia berlaku (tarikh dan masa), lokasi kejadian dan siapa yang terlibat.
Selain itu, sokongan emosi psikososial juga boleh didapati menerusi inisiatif kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19.
BACA: PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Selain pilihan yang sudah dinyatakan, pemandiri juga perlu bijak dalam membuat sebarang tindakan untuk menyelamatkan diri mereka.
Ini merupakan antara perkara penting dalam persiapan menyelamatkan diri iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum meninggalkan lokasi
Semasa meninggalkan lokasi
Selepas meninggalkan lokasi
BACA: Mengapa kes keganasan rumah tangga meningkat semasa PKP?
BACA: COVID-19: Keganasan rumah tangga meningkat sejak wabak tercetus - PBB

*Sumber: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
#Hospital #jkm #Kanak-kanak #keganasan #keganasan rumah tangga #mahkamah #PDRM #perintah kawalan pergerakan #perkahwinan #Pertubuhan Pertolongan Wanita #PKP #serangan
;