Perlukah anda miliki berus gigi pintar?

Ibrahim Sani
Januari 7, 2019 10:02 MYT
Berus gigi pintar ini memberikan maklum balas kepada pengguna bagi memastikan cara penggunaan adalah optimal. - Foto Astro AWANI/Ibrahim Sani
CES 2019 menyaksikan syarikat yang dianggap ‘bukan teknologi’ mula bersaing dalam industri ini.
P&G merupakan antara syarikat Pengguna / FMCG, atau Fast-Moving Consumer Goods yang terbesar di dunia. Antara brand yang P&G miliki termasuk Gillete, Pantene, Pampers, Vicks, Oral-B, dan Fabreze.
Disebabkan gangguan teknologi atau 'technology disruption', dari pelbagai tempat, syarikat ‘tradisional’ seperti P&G kini mengamati dunia teknologi untuk kekal relevant di dunia pengguna.
“Ini merupakan kali pertama P&G peserta pameran di CES,” kata Ketua Pegawai Penjenamaan P&G, Marc Pritchard.
“Tetapi telah tiba masanya untuk P&G mengambil kesempatan ini untuk mendakap teknologi pengguna, kerana syarikat ini hanya mementingkan kepentingan pelanggan kami. Dan kepenggunaan teknologi adalah antara perkara penting untuk pelanggan kami,” tambah beliau lagi.
Antara produk P&G yang menggunakan teknologi terkini yang dipamerkan di CES 2019, adalah pisau cukur Gilette pintar dan berus gigi pintar.
BACA: CES 2019 bermula, ini lima perkara yang menjadi tumpuan tahun ini
BACA: CES 2019 hambar? Mengapa ramai yang tidak hadir?
“Bayangkan jika cara berus gigi kita diperbaiki setiap hari,” kata Kathleen Fish, Ketua Pegawai Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi P&G.
“Berapa kerapkah kita ditegur oleh doktor gigi kita yang kita berus gigi terlalu kuat atau lemah, atau terlalu kerap atau jarang, dan sebagainya.
“Berus gigi elektronik Oral-B pintar memberikan maklum balas secara ‘real-time’ kepada pengguna untuk memastikan cara penggunaan pemberusan gigi adalah terbaik dan optimal,” tambah Fish lagi.
Syarikat ‘bukan-teknologi’ kini sedang berada pada paras kritikal kerana syarikat berasaskan teknologi kini lebih agresif untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar.
Perkara ini dikeruhkan lagi kerana ‘gangguan teknologi’ ini meresap di pelbagai industri.
Sebagai contoh, untuk industri kereta, syarikat Tesla, sebuah syarikat pembuatan kereta elektrik kini mencabar syarikat kereta yang lebih besar seperti Toyota dan Honda.
Disebabkan ini, syarikat yang boleh dianggap ‘bukan-berasaskan-teknologi’ kini mula mempamerkan produk dan barangan mereka di CES 2019.
CES bermula pada 8 Januari dan akan berterusan hingga 10 Januari 2019. Astro AWANI buat pertama kalinya hadir ke pameran ini dan akan memberi laporan serta ulasan sepanjang tempoh pameran ini berlansung.
Ikuti Editor Bisnes Astro AWANI, Ibrahim Sani berkenaan dengan perkembangan pameran CES ini, malalui akaun twitter beliau, @ibrahimsaninet
#Astro #Astro Awani #ces #ces 2019 #fabreze #gillete #head & shoulders #Honda #ibrahim sani #kathleen fish #kereta #marc pritchard #oral b #P&G #Pantene #png #tide #Toyota #Twitter #vicks
;