Perlu pastikan jet Bombardier dibeli guna duit 1MDB dahulu - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Ogos 16, 2018 15:10 MYT
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
Kerajaan perlu memastikan terlebih dahulu Jet Bombardier Global 5000 yang didakwa milik Jho Low, adalah dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, sebelum membawanya pulang ke Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ujarnya lagi, jika terbukti jet bernilai RM122.55 juta itu dibeli dengan wang yang dicuri dari Malaysia, maka ia berhak dibawa ke sini, seperti mana dilakukan ke atas kapal persiaran mewah Equanimity.
“Kita kena establish wang yang diguna untuk membeli jet itu wang yang 'dicuri' dari Malaysia. Kalau dia 'mencuri' wang daripada Malaysia maka wang itu adalah milik Malaysia, sama dengan bot,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital swasta Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.
BACA: Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
Ia dipercayai milik ahli perniagaan yang kini diburu polis, Low Taek Jho atau Jho Low.
Media antarabangsa melaporkan, jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dan berharga AS$35.4 juta itu, berada di Singapura sejak tahun lepas.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Equanimity #Jet #Jho Low #Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Singapura
;