Perlu lebih proaktif dalam OIC
Astro Awani
Januari 23, 2013 15:28 MYT
Januari 23, 2013 15:28 MYT
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.
Malah lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin membuktikan bahawa bantuan mampu disalurkan dalam apa jua bentuk, walau jauh beribu batu.
Paling utama, bantuan dalam bentuk sokongan moral adalah perkara yang paling diperlukan.
Perkara tersebut disuarakan penganalisis Asia Barat, Dr. Maszlee Malik.
Beliau turut memberi saranan kepada pihak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kementerian Luar Negeri.