Amerika Syarikat (AS) perlu mendedahkan identiti yang disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DOJ) yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1'.
Ketua Wira Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata ia sekali gus akan melenyapkan persepsi rakyat negara ini mengenai misteri individu yang dilibatkan dengan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
"Gesaan kepada AS itu juga akan mengelakkan sebarang spekulasi terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita minta kalau boleh AS jelaskan dalam penerangan agar rakyat kita tidak ditipu oleh isu money laundering dan beberapa kes yang amat berat.
"Kita gesa supaya perkara ini jangan ada seperti tutup-tutup, apakah yang 'Malaysian Official 1' lakukan. Kita rakyat Malaysia hendak tahu siapa yang menipu dan ditipu," katanya selepas menghantar memorandum ke Kedutaan AS di sini hari ini.
Memorandum diterima Pegawai Keselamatan Kedutaan AS, Brain Cumming.
Sebelum ini, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan agar bersikap telus dan jujur dalam melaksanakan siasatan mengenai 1MDB.
Tegasnya, pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menyembunyikan kebenaran dalam perkara berhubung siasatan 1MDB.
Peguam Negara AS, Loretta Lynch sebelum ini memaklumkan beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat 1MDB.
Tambah Lynch, individu tersebut memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.
Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 25 2016
![AS perlu dedah siapa 'Malaysian Official 1' - Perkasa AS perlu dedah siapa 'Malaysian Official 1' - Perkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458562298_IrwanFahmi.jpg)
IRWAN FAHMI: Gesaan kepada AS itu juga akan mengelakkan sebarang spekulasi terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![AS saman Google kerana monopoli tidak sah AS saman Google kerana monopoli tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/51553085606_Google.jpg)
AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.
![Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594906647_mdb.jpg)
Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud untuk menarik balik semua pertuduhan.
![Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548732569_USDOJ.jpg)
Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang
AS akan mengemukakan permohonan rasmi ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, dari Kanada.
![DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61471513016_DeaprtmentOfJustice.jpg)
DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden
DoJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden.
![Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71451535690_950x600.jpg)
Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB
Bagaimanapun, perincian prosiding tersebut tidak dapat disahkan susulan prosiding yang dijalankan secara rahsia.
![Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71541165361_NajibRazak.jpg)
Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib
Terserah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mengenakan pertuduhan kepada Jho Low, kata Datuk Seri Najib Razak.
![Mahkamah izinkan Equanimity dijual Mahkamah izinkan Equanimity dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534143729_Equanimity.jpg)
Mahkamah izinkan Equanimity dijual
Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah 'Equanimity'.
![Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534333252_Bombardier.jpg)
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
![PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522387973_TheEquanimity.jpg)
PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia kerana bekerjasama dalam mengembalikan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
![Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527588276_RaisYatim.jpg)
Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS
Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.