Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan - KSU

Bernama
Ogos 22, 2020 01:18 MYT
Suasana negeri Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan. - Gambar fail
Suasana negeri Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Beliau berkata perkara itu bukan sahaja akan memberi kesan positif dari segi pendidikan malah juga dari aspek ekonomi negeri.
Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini, pada Sabtu. Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Dalam perkembangan lain, Yusran berkata projek pembinaan Sekolah Sukan Perlis di Padang Besar yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dijangka siap akhir tahun ini.
"Selepas lantikan kontrator baharu, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan telah siap sebanyak 92 peratus walaupun tertangguh hampir tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini," katanya.
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #pendidikan #perintah kawalan pergerakan #Perlis #PKP #Raja Perlis #sekolah #Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail #Tuanku Syed Sirajuddin
;